Polisi Pemulangan

UpTime Refund Policy diwujudkan untuk melindungi hak anda sebagai pengguna. Kami percaya bahawa setiap pelanggan layak menerima produk yang berkualiti, tepat dan sampai dalam keadaan baik. Jika berlaku sebarang isu, kami akan pastikan proses pemulangan wang berjalan lancar dan adil.

Kenapa Polisi Ini Wujud?

Tujuan utama UpTime Refund Policy adalah untuk memberi ketenangan kepada pelanggan. Kami tahu anda mungkin ragu-ragu untuk beli produk kesihatan secara online. Dengan jaminan refund ini, anda boleh buat pembelian tanpa rasa takut ditipu atau kecewa.

Kami telah bantu ribuan pelanggan lelaki di Malaysia. Dan untuk kekalkan kepercayaan itu, kami bersedia bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah yang sah seperti produk tidak sampai, rosak atau tersalah item.

1. UpTime Refund Policy untuk Produk Tidak Sampai

Jika parcel anda tidak diterima selepas 7 hari bekerja, sila hubungi kami. Kami akan semak tracking dan jika terbukti hilang, kami akan:

  • Hantar semula produk PERCUMA, atau
  • Proses bayaran balik penuh ke akaun anda

2. UpTime Refund Policy untuk Item Rosak / Salah Hantar

Jika parcel anda rosak (bocor, kemek, pecah) atau tersilap item, kami akan ganti atau refund. Syarat: laporkan dalam masa 48 jam bersama gambar bukti.

3. Situasi Tidak Layak untuk Refund

  • Produk telah digunakan tetapi tidak memberi kesan
  • Ubah fikiran selepas penghantaran
  • Tak jawab call sahkan order → parcel dipulangkan
  • Parcel lambat sebab kurier (luar kawalan kami)

4. Proses Refund Dalam Polisi UpTime Refund Policy

  • Tuntutan perlu dibuat dalam masa 7 hari
  • Refund diproses dalam 3–7 hari bekerja
  • Bayaran akan dibuat ke akaun asal

5. Cara Hubungi Kami Untuk Refund

Untuk aktifkan UpTime Refund Policy, hubungi kami melalui:

WhatsApp: +60132801631

Email: support@uptime.com

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, 9:00 AM - 6:00 PM

Kepercayaan Anda, Tanggungjawab Kami

Kami serius dalam menjaga privasi dan kepuasan pelanggan. Bungkusan kami tiada label produk. Refund dilakukan tanpa banyak soal jika ada bukti kukuh. Polisi ini hanya untuk lindungi pelanggan sebenar dan elak penipuan.

Kembali ke Laman Utama